Daisypath Wedding tickers
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 11, 2010

huh~

Tetiba mood berblog terus rasa macam suam suam kuku

Dah jadi malas nak excited macam dulu

Kalau dulu boleh dikatakan sehari dua atau tiga entry aku pukul canang

Tapi di blog baru nie rasa dah macam tak best

Tapi disebabkan aku sayang kawan kawan bloggers di alam maya ini,aku teruskan juga menulis di sini

Ramai juga rupanya yang jadi silent readers aku yang blog dulu

Siap email tanya lagi kenapa blog aku diprivate kan

Aku bukan suka suki menutup blog itu tetapi inilah yang dikatakan sebagai entry berjaga jaga

Ramai para bloggers yang tak dapat nak link kan blog aku yang baru nie

Jangan tanya aku kenapa tak leh nak link

Jawapan aku adalah TIDAK TAHU

hahaha

Serius aku dah godek macam mana ntah kat blog nie time sign up dulu dulu

Habis alignment blog lari

Tapi jangan risau,aku sentiasa akan terjah blog korang

Untuk tahu perkembangan korang,cewah!macam ala ala detektif gtu ;p

owh!esok merupakan hari terakhir aku di UPSI

So di rumah aku there is no internet connection

So kalau sekiranya blog aku bersawang penuh maknanya memang aku tak menjengah la dunia blog nie

Mungkin aku akan sibuk menguruskan persiapan perkahwinan aku balik bercuti nanti

Sebabnya semua master plan akan dirombak semula

Kena well prepared dan diskas dengan parents aku sehingga ke akar umbi

Kena betul betul konfiden sebelum mengambil apa apa keputusan dan membuat apa apa keputusan demi menjayakan sebuah misi 5 Jun 2010

Doa doa kan aku semoga perjalanan pada hari tersebut berlangsung dengan jayanya

Kalau boleh,aku nak decorate sendiri pelamin + bilik pengantin dan meja pengantin

Diri ini rasa mampu nak buat sebab dalam minda dah tercetus idea berdasarkan dari pelbagai sumber rujukan di internet

Cuma kena revise balik bajet untuk buat sendiri atau nak hire orang

Balik nie misi servey menyervey akan bermula dengan rakusnya ;p

Semoga dipermudahkan urusan aku dan dada aku akan lapang setelah segalanya termetrai

Mudah mudahan kalau dah setel semua aku tidaklah nak fikir sangat sbb aku kena fokus untuk praktikum aku nanti.its too tough,penyelia aku agak schemata,so ini yang mengerikan aku.

ko ingat mudah nak jadi cikgu?haha.owh!sangat mencabar*_* tapi tak apa,aku shuka cabaran.haha

dah hilang idea aku nak taip apa lagi

Till then

Mrs Fahmi to be =>

No comments: